Wednesday, March 9, 2011

aku lihat..



Aku lihat..
Al-mar’ah itu bergurau senda dengan al-rajul tanpa segan silu
Mana suaramu yang di katakan aurat dulu
Pada siapa sebenarnya gelak tawa kau yang menawan itu
Apa kau sukakan kebahagian yang singkat itu
Dan pastikah kau di akhirat nanti kau tetap tertawa seperti itu..
Aku lihat lagi..
Al-mar’ah itu berbual di hp dengan suara yang lunak sekali
Dengan siapa tentu dengan ar-rajul bertahta di hati
Kredit habis pun tak peduli
Asalkan terlerai segala rindu di hati
Apa kau pasti duhai sayangku dia suamimu nanti
Bukan kah rahsia itu telah tersurat sejak azali
Kali ini aku terlihat
Ops!kau terima sms lagi duhai sayangku
Kenapa bukan nama mar’ah yang terpapar di skrinmu
Inboxmu penuh dengan sms dari si dia itu
Tiap detik dan waktu betapa kau terbuai senyum sipu
Tak takutkah kau nanti di mahkamah Allah tertipu
Andai di tanya bgaimana kau habiskan sang waktu
Bukankah setiap helaan nafas kita disoal Tuhan sang pencipta
Dengarlah duhai sayangku..
Cintamu itu hanya untuk suamimu
Jangan kau sia-siakan detik masa mudamu yang bernilai itu
Dunia makin layu
Maksiat bermaharajalela tanpa segan silu
Maukah kau jadi dari golongan mereka itu
Ayuhlah kita bersama mengingatkan diri ke arah cinta yang hakiki itu
Kerana aku juga tidak pasti akan kekuatan diriku
Aku perlukanmu untuk bersamaku
Menongkah segala mehnah yang sangat menipu
Ambillah kau iktibar dari kata2 ini;
Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah(umtuk menjadi sekutu2 Allah) mereka memujanya dan mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang2 beriman itu lebih cinta(taat) kepada ALLAH.. Al-baqarah 165

“wahai puteriku..demi Allah jangan engkau percaya kata2 sebagian lelaki..bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK dan ADAB..bicara denganmu seperti SAHABAT..dan apabila bercinta denganmu seperti TEMAN AKRAB..sebenarnya mereka BOHONG!!!jika engkau mendengar sendiri bualan mereka ..pasti engkau takut dan ngeri..hanya di tanganmu pintu segala kebaikan.bukan di tangan kaum lelaki.. –ALI THANTAWI-


 



2 comments:

  1. Assalam, salam ingatan, masih ingat syawal tak lagi.? disini hendak menyatakan salam ingatan ya. harap masih ingat. Syawal tertarik dengan cerita di atas. memandangkan usia kita semakin meningkat, kita msti perlu cinta daripada seorang lelaki atau perempuan. berdasarkan cerita yang awak tulis. saya ada satu soalan. Bagaimana seorang lelaki atau perempuan menghilangkan sifat cemburu atau curiga sekiranya kita xpernah 'couple' sebaliknya pasangan kita mempunyai sejarah hitam tentang couple ini. sejarah hitam bermaksud sudah couple tp terputus di tengah jalan. harap awak memahami soalan saya.

    ReplyDelete
  2. termenung sejenak sambil akal brfikir...
    wanita yg trus berusaha menjadi muslimah solehah dlm dunia yg makin penuh dgn fitnah..moga terus istiqamah.

    ReplyDelete