Wednesday, March 9, 2011

aku lihat..



Aku lihat..
Al-mar’ah itu bergurau senda dengan al-rajul tanpa segan silu
Mana suaramu yang di katakan aurat dulu
Pada siapa sebenarnya gelak tawa kau yang menawan itu
Apa kau sukakan kebahagian yang singkat itu
Dan pastikah kau di akhirat nanti kau tetap tertawa seperti itu..
Aku lihat lagi..
Al-mar’ah itu berbual di hp dengan suara yang lunak sekali
Dengan siapa tentu dengan ar-rajul bertahta di hati
Kredit habis pun tak peduli
Asalkan terlerai segala rindu di hati
Apa kau pasti duhai sayangku dia suamimu nanti
Bukan kah rahsia itu telah tersurat sejak azali
Kali ini aku terlihat
Ops!kau terima sms lagi duhai sayangku
Kenapa bukan nama mar’ah yang terpapar di skrinmu
Inboxmu penuh dengan sms dari si dia itu
Tiap detik dan waktu betapa kau terbuai senyum sipu
Tak takutkah kau nanti di mahkamah Allah tertipu
Andai di tanya bgaimana kau habiskan sang waktu
Bukankah setiap helaan nafas kita disoal Tuhan sang pencipta
Dengarlah duhai sayangku..
Cintamu itu hanya untuk suamimu
Jangan kau sia-siakan detik masa mudamu yang bernilai itu
Dunia makin layu
Maksiat bermaharajalela tanpa segan silu
Maukah kau jadi dari golongan mereka itu
Ayuhlah kita bersama mengingatkan diri ke arah cinta yang hakiki itu
Kerana aku juga tidak pasti akan kekuatan diriku
Aku perlukanmu untuk bersamaku
Menongkah segala mehnah yang sangat menipu
Ambillah kau iktibar dari kata2 ini;
Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah(umtuk menjadi sekutu2 Allah) mereka memujanya dan mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang2 beriman itu lebih cinta(taat) kepada ALLAH.. Al-baqarah 165

“wahai puteriku..demi Allah jangan engkau percaya kata2 sebagian lelaki..bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK dan ADAB..bicara denganmu seperti SAHABAT..dan apabila bercinta denganmu seperti TEMAN AKRAB..sebenarnya mereka BOHONG!!!jika engkau mendengar sendiri bualan mereka ..pasti engkau takut dan ngeri..hanya di tanganmu pintu segala kebaikan.bukan di tangan kaum lelaki.. –ALI THANTAWI-


 



aku keliru..

salam semua..act,x tau nak cakap apa kat sini. cuma hati sedikit rasa resah. x tau la kenapa. hari ni xde kelas sebenarnya. tapi masu'l kitaorang cakap ada kelas. dia tersilap agaknya. masuk hari ni lebih kurang 3 bulan da kat yaman.banyak benda baru yang dipelajari di bumi barakah ini. rindu kat malaysia dah tak terkata. tapi demi ilmu diri ini digagahkan jugak. semalam syeikh cakap minggu depan exam qiraat dan feqah. em,banyak benda nak dirujuk. i'Allah semuanya lancar2 je. kat yaman perempuan sangat dipelihara. kat sini susah sangat nak nampak perempuan x pakai niqab atau purdah dan semuanya tentu pakaian hitam. subhanallah.. kenapa hati ni rasa lain je. tengok semua orang ada facebook tapi diri sendiri xde. bukan x nak buat. tapi bila difikirkan balik banyak keburukan daripada kebaikan. perempuan boleh add lelaki dan sebaliknya dengan sesuka hati. comment jugak sesuka hati. mane ikhtilat yang diperkatakan. kalau sy jugak ada facebook mungkin sy pun jadi macam itu. itu kan fitrah semulajadi. sy sendiri x yakin pada diri sy. sebab tu sy x buat. tapi jangan sampai fitrah itu menjadi fitnah. insyaallah sy akan pelihara diri sy. Ya Allah engkau lebih mengetahui akan hambaMu ini.. allahua'lam..

Saturday, March 5, 2011

بسم ألله الرحمن الرحيم



ما أجمل كلمك يا المرأة
من التى تجتحد مع مجاحد صالح
أجمل الأشيا في هذه الأرض هي المرأة الصالحة
أبدا هذه كتابة بكلمات جميلة التي ضاعت من رسول الله 
لكل المسلمون حول الأرض....
المرأة الصالحة , اسمعي يا أختي حبيبتي ...
المرأة الصالحة من التي تكون رغبة مجاحد صالح
المستحيها الذي يكون حام نفسها
ذكرها الى الله الذي يكون علاج اليها
يا أيها المسلمون ....
الجميلة ! طبعا, هي التي تكون أول وهلة لكل الأنسان
بل أنا متأكدة أنت أيضا كأنهم
لكن لو الجميلة التي تريد مني
انت مخطأ...
لان ليس موجود الجمال لانظر أليك
حفظت هذا الجمال بأعمال الطاعة الى الدين محبوبتي...
يا اختي حبيبتي,
اذكري هذه نصيحة مني ,
الذي بحث ،
لو ليس أبن الملك يكفي عبد الله مطاع
الذي رجي ,
ليس الجيحد في حماسة
يكفي الجيحد بهدف
الذي أنتظر,
ليست الخطبة بجوهر ,
يكفي بلعقد ووعد حميم
و ما الذي سيحدث ,
لو ليس سوأ بمطلوبك
رضي الي الله ,
لأن هذا التقدير من الله العليم ....
يا اختي حبيبتي,
ارجو هذه كتابة
ستعطي السكينة في قلبك
و انا متأسفة لكل الخلاف مني ...
love ,
صديقتك ...

*Ini message dari seorang sahabat. Atas request seseorang sy terjemahkan dalam bahasa arab..