Sunday, January 23, 2011

jAduaL SayA... (^_~)

salam barakah.. ada yang tanya bila sy free dan ble bla blh kontek sy. ni sedikit sebanyak jadual harian sy.tp blh je cntct sy bila2 masa. klau free sy reply.especially family i untuk diskus ape2 kn.
8pg-10pg =kelas bahasa arab
10pg-11pg=online =)
12tgh hari-1=masak,makan,solat
1ptg-4ptg=buat kerja sekolah n tdo sat
4ptg-6ptg=rehat2 n solat maghrib
7-9 malam=kelas dengan syeikh sulaiman al ahdal
                   sabtu-nahu
                   ahad-feqah
                   isnin-hadis
                   selasa-sorof
                   rabu-qiraat
                   khamis-faraid

jadi, kalau ada ape2 musykilah nk sy rujuk syeikh tgk atas jadual sy.i'Allah sy akn rujuk syeikh.allahua'alam...



CanTikNya......(^_^)

Dikisahkan..di sebuah bandar ada sorang pemuda yang sangatlah tampan rupanya sangatlah elok pekertinya apatah lagi dari golongan bangsawan. dikenali semua orang kerana elok pekertinya dan ketaatannya pada Allah. saat berjalan2 akn tercium bau harumannya dari minyak wangi yang berjenama. suatu hari, beliau bersiar-siar di pekan. betapa dia terpukau dengan kecantikan seorang gadis. matanya yang hitam pekat lagi bulu mata yang lentik dengan bentuk yang bundar. sungguh! beliau terpukau! beliau ingin menjadikan gadis itu isterinya. setelah bersusah payah mencari maklumat mengenai gadis itu beliau lantas pergi ke rumahnya untuk merisik.ternyata gadis itu juga dari golongan bangsawan. berlakulah perbualan antara mereka.
Gadis: apakah tujuanmu datang ke mari wahai pemuda bangsawan?
Pemuda: Aku ingin merisikmu wahai gadis.
Gadis:Apa sangatlah yang engkau pandang padaku ini?
Pemuda:Sungguh aku belum melihat gadis secantikmu,seindah pekertimu. matamu sangat cantik!
Gadis: kalau begitu katamu datang lagi kemari 2 hari kemudian.

Seperti yang di janjikan 2 hari kemudian datanglah si pemuda tersebut dengan hati penuh harapan. sungguh beliau sangat tergila-gila akan gadis itu. tp alangkah terkejutnya beliau bukan gadis itu yang menyambut tetapi pembantunya. tanpa berkata panjang pembantu itu menyerahkan padanya sesuatu yang di balut dengan sapu tangan.sungguh beliau terkejut dengan apa yang di lihatnya. di dalam sapu tangan itu mengandungi 2 biji mata gadis itu dan sepucuk surat..

Assalamualaikum duhai pemuda yang budiman..
saat kau membaca surat ini mungkin aku sudah bertemu dengan penciptaku. maafkan andai mata ini telah menggangu ibadahmu menganggu hubunganmu dengan tuhanmu. andai kecantikan mataku yang kau inginkan aku rela menyerahkannya asalkan hubunganmu dengan tuhanmu kembali terjaga. maafkanku andai aku telah menimbulkan fitnah bagi hatimu.

selepas peristiwa itu pemuda itu solat taubat nasuha. beliau tak makan mahupun minum. beliau takut dengan azab Allah. satu malam beliau bermimpi akan gadis itu dengan membawa berita gembira.

*moralnya, jangan memandang pada kecantikan dan untuk muslimat kecantikan itu bukan untuk dipertontonkan sesuka hati...


Sunday, January 16, 2011

BahaSa ArAb BahAsa IndAh

salam tahiyyah untuk semua..  nk promote bahasa arab kat sini. blajar la ye bhasa arab. bukan susah sngat pn. dapat pahala lg. kalau blh bhasa interaksi 2 pn guna bahasa arab. kn sedap di dengar. salah satu wasiat hasan al bana yg terakhir pn ada menyebut "bertuturlah kamu dalam bahasa arab yang betul". ana pn blh tolong yang termampu. ana jamin bahasa arab bahasa yg sabgat indah dan terpelihara hingga akhir zaman.satu hari 10 minit pn berbaloi utk bahasa arb. dpd habiskan masa tgk facebook baik kita blajar bahasa arab. kalau boleh blajar yg fushah bkn ammi. semua pn tau kn bhasa arab bhasa al quran bhasa hadis dn i'Allah bhasa syurga. akhir kata ana menyeru sekali lagi belajarlah bhasa arab bhasa kekasih Allah dan junjungan kita semua. Allahua'lam..untuk keluarga 'I' khususnya sgt seronok rasenye klau kita communicate dlm bhasa rab. x gitu..hehe. wassalam..

Saturday, January 15, 2011

NuzHaH SeKItAr YaMan

Masuk ni dah lebih kurang 20 hari kot berada di yaman..awal2 x boleh sesuaikan diri dengan cuaca sejuk kat sni. barid jiddan. kulit pn sampai gelupas. tapi skrang dah ok.Alhamdulillah. hari khamis baru ni pergi jalan2 sekitar yaman. awal2 pergi darul hajar. subhanallah. memang cantik. boleh bayangkan x bangunan yang besar dibina atas batu dan ukiran tanah yang tinggi. kemudian kitorng p masjid presiden. besar sangat dan sangat cantik. semayang jemaah zohor kat situ. yang x best siap ada kawalan lg.kena scan2 dlu. pas2 p makan kat REMAS. makan ayam goreng. remas ni cam kfc jgk tp yang org yaman punye. best la tp x sesedap mesia. then, p solat asar masjid as syakirin. kat sni kuat syiah zaidiyah. tp iman dia subhanallah. bile dilaungkan ALLAHUAKBAR rse cam menggigil seluruh badan. bgitu smangat dan menusuk ke dalam hati. solat 2 rase macm 2 la solat yg terakhir. pas2 sembang2 ngan mk cik2 kat situ. diorang byk puji mesia. huhu. destinasi akhir pergi shoping dkat babul yaman. banyak barang2 kat situ dan murah. dalam 2 jgk ada masjid yang disebutkan oleh rasulullah satu ketika dulu. ada jgak tulisan para sahabat. subhanallah petang 2 tgk ramai muslimin khususnya dari kaum tua tgah bertadabbur. diorag kebanyakan masa di habiskan di masjid. kaum2 muda pn ramai. memang sejuk mata memandang seolah bg mereka urusan dunia 2 tdak pnting. yang nk tergelak time shoping 2. orang yaman ni diorg lain skit. bile nk ble barang, diorg ni suka mendesak. smpai kte bli barang 2. bloh kurangkan harga dari sepuluh ribu hingga 2 ribu je. (^-^) perut pn dah lapar. lastnya kitorg p mkan kat restoran mesia. ok la tp x sesedap mesia pnye. smpai sini dlu kisah d yaman...