Sunday, January 23, 2011

CanTikNya......(^_^)

Dikisahkan..di sebuah bandar ada sorang pemuda yang sangatlah tampan rupanya sangatlah elok pekertinya apatah lagi dari golongan bangsawan. dikenali semua orang kerana elok pekertinya dan ketaatannya pada Allah. saat berjalan2 akn tercium bau harumannya dari minyak wangi yang berjenama. suatu hari, beliau bersiar-siar di pekan. betapa dia terpukau dengan kecantikan seorang gadis. matanya yang hitam pekat lagi bulu mata yang lentik dengan bentuk yang bundar. sungguh! beliau terpukau! beliau ingin menjadikan gadis itu isterinya. setelah bersusah payah mencari maklumat mengenai gadis itu beliau lantas pergi ke rumahnya untuk merisik.ternyata gadis itu juga dari golongan bangsawan. berlakulah perbualan antara mereka.
Gadis: apakah tujuanmu datang ke mari wahai pemuda bangsawan?
Pemuda: Aku ingin merisikmu wahai gadis.
Gadis:Apa sangatlah yang engkau pandang padaku ini?
Pemuda:Sungguh aku belum melihat gadis secantikmu,seindah pekertimu. matamu sangat cantik!
Gadis: kalau begitu katamu datang lagi kemari 2 hari kemudian.

Seperti yang di janjikan 2 hari kemudian datanglah si pemuda tersebut dengan hati penuh harapan. sungguh beliau sangat tergila-gila akan gadis itu. tp alangkah terkejutnya beliau bukan gadis itu yang menyambut tetapi pembantunya. tanpa berkata panjang pembantu itu menyerahkan padanya sesuatu yang di balut dengan sapu tangan.sungguh beliau terkejut dengan apa yang di lihatnya. di dalam sapu tangan itu mengandungi 2 biji mata gadis itu dan sepucuk surat..

Assalamualaikum duhai pemuda yang budiman..
saat kau membaca surat ini mungkin aku sudah bertemu dengan penciptaku. maafkan andai mata ini telah menggangu ibadahmu menganggu hubunganmu dengan tuhanmu. andai kecantikan mataku yang kau inginkan aku rela menyerahkannya asalkan hubunganmu dengan tuhanmu kembali terjaga. maafkanku andai aku telah menimbulkan fitnah bagi hatimu.

selepas peristiwa itu pemuda itu solat taubat nasuha. beliau tak makan mahupun minum. beliau takut dengan azab Allah. satu malam beliau bermimpi akan gadis itu dengan membawa berita gembira.

*moralnya, jangan memandang pada kecantikan dan untuk muslimat kecantikan itu bukan untuk dipertontonkan sesuka hati...


No comments:

Post a Comment