Saturday, April 23, 2011

salam perpisahan untuk yaman

Salam perpisahan untuk yaman. Semalam dapat tahu dari duta yang student Malaysia diarahkan pulang ke Malaysia. Alhamdulillah.saya sangat gembira tak terkata. Tapi dalam gembira ada sedihnya nak meninggalkan bumi barakah ni. Walaupun hanya 3 bulan kat sini tapi terlalu banyak pengalaman dan ilmu2 yang saya dapat. Syukran ya Allah dan syukran juga bagi syarikat HPA yang sudi menaja kami. Perkembangan sekarang yang berlaku kat yaman, rusuhan memang dah teruk. Yang sedihnya pihak kerajaan yaman menyalahkan Syeikh Abdul Majid Al-Zindani tentang masalah rusuhan yang berlaku kat sini memandangkan pihak pembangkang memang pimpinan beliau. Menurut mas’ul kitaorg ada satu qabilah yang paling besar belum masuk campur. Diaorang ada senjata yang lengkap dan kereta kebal sendiri. Diorang dari pembangkang juga. Lambat laun diorang akan masuk campur jugak. Kalau diorang masuk campur mungkin Amerika akan masuk campur. Sebab rois yaman kamcing betul dengan Amerika. Jadi keadaan kat yaman memang tak boleh dijangka. Sama2lah kita berdoa moga Allah permudahkan segala urusan orang yaman dan berikan kemenangan kepada diorang sepertimana mesir. Insyaalah.. sedih la plak nak tinggalkan yaman ni. Kat mana lagi nak jumpa suasana dan budaya islamik kalau bukan kat yaman. Dengan semua perempuan2nya memakai purdah dan berpakaian hitam dan lelaki2nya berpakaian sunah iaitu jubah. Kita x kan nampak lelaki dan perempuan bercampur tak tentu hala kat sini. bibir sentiasa dengan nama Allah. Masjid2 sentiasa penuh dengan kuliah2 agama. Bayangkan,pengaruh islam kat sini sehinggakan bila student2 dari amerika cthnya belajar kat sini diorang pun akan memakai jubah hitam dan ada yang memakai purdah walaupun diorang bukan islam. Jangan terkejut kalau tau ramainya student2 dari korea,amerika,Canada n so on yang datang utk belajar bahasa arab. Kenapa orang melayu sendiri x nak belajar bahasa arab?? Akhir sekali terima kasih bagi warga HPA yaman yang sentiasa membantu kami terutamanya masu’l kami saifullah hasbu. Walaupun masih muda tapi komitmen dan tangunggjawab yang ditunjukkan, subhanallah. Kitaorang x kan lupakan bahasa arab Terengganu tu. (ahlang wasahlang ila yamang, ta’bang jiddang lagu ni).. first time dengar kitaorang memang tergelak habis. Terima kasih jugak kepada ust Khalid yang sentiasa happy dan mudir manhal yaman ustaz jamil, fuad,dee,dan yang lain2 x tau nama yang sudi menjaga kami. Korang semua membuktikan walaupun dengan ikhtilat terjaga tapi segala urusan tetap berjalan lancar. Terima kasih juga pegawai luar Negara HPA pak habib yang bersama2 kami belajar bahasa arab kerana menjaga dan sudi mengajarkan kami perubatan jawi. Kerana pak habib sy tau cara berbekam. Tak lupa kepada ustaz2 di Yemen Institute For Arabic Language especially ustaz jalil yang setia melayan kerenah kami. Cukup dulu sampai di sini.. YAMAN,I’M GOING 2 MISS U!!!!
(act ni dah lama taip tapi baru hari ni berkesempatan untuk post setelah 2 mngu di mesia)

No comments:

Post a Comment